Monday, February 7, 2011

Penangan SB



Lama juga aku tak menaip.

Baru-baru ni aku diadd ke group Facebook yang bernama Sahabat Bloggers, oleh Faizlaster. Sahabat Bloggers yang mempunyai kekuatan ahli yang kini mencecah hampir 3000 orang, terdiri daripada bloggers sendiri.

Apa yang menarik dengan SB?

Selepas puas bersantai beberapa jam dekat laman group SB tu, aku rasa agak excited dan syok bila ahli-ahlinya ramah belaka. Dalam masa lebih kurang satu jam, anggaran posting yang terhasil adalah plus minus 200. Kebanyakan topik berunsur santai/humour. Ada juga yang promote blog sendiri, blog kawan, kongsi ilmu, cari jodoh pun ada. Cannot go btul. Sepanjang tempoh 24 jam yang lepas, aku agak ghairah untuk generate traffic blog aku. Aku pun jadi cannot go sekali. Sifat tamak haloba mula menyelubungi diri. Aku hampir lupa tujuan aku buat blog - untuk share ilmu dan apa-apa cerita yang berfaedah. Lagi cannot go, petang hari ni aku ada paper subjek elektrik dan elektronik, boleh pula aku asyik melayan posting-posting yang agak pointless kat SB tu. Bukannya nak menyalahkan bloggers, setiap orang mesti ada waktu santai juga kan, jadi kat situ la tempat santai. Aku taip ni pun sebab nak ingatkan diri sendiri, dan siapa-siapa yang terbaca post ni.

"Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat."
Sumber - http://www.iluvislam.com/
Sekian sahaja posting kali ni.

Nak sambung study E&E.

Bila masa lapang nanti baru syiok lepak SB.
Salam. Adiu.

2 comments:

aLiSh said...

huhu k lah tu trafic ramai

loona said...

takut jd tamak carik income je.hehe

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Dcreators