Tuesday, January 11, 2011

Aku dan Bamboo.

Salam, masih di pagi Selasa, 11.1.11 <-- tarikh epic yang hanya sekali sepanjang zaman. eh taklah. setiap tarikh pun hanya sekali sepanjang zaman. cuma nombornya cantik. hehe.  

Salam.Sebenarnya cadang nk siapkan pos ni semalam, tapi tertangguh, sampai la skarang, hampir jam 2:50am.

Kali ni, kita cakap pasal hobi, setiap orang ada hobi masing2 kan. Bagi yang kenal aku, obviously hobi aku ialah melukis. Tapi kat sini aku nak kongsikan apa hobi aku selain melukis, iaitu;

1- Menikmati pemandangan - masa kecik2, aku boleh habiskan masa sehingga 2 jam hanya duduk di tepi pantai. rumah aku dekat je dengan pantai. dan aku suka pantai. ceh. Tapi ada manfaatnya tengok alam, iaitu terapi mata natural. hehe.
2- Jalan-jalan buang masa - kecik2, aku suka jalan sorang2. syukurlah takda orang culik ak. tak kira lah jalan kaki, mahupun naik basikal. kalau dah takde keja nak buat, meronda lah aku seorang diri. agak2 dah penat, balik la ak. haha..
3- Main game - Kecik2, aku main brick game, pastu, terjebak dengan platform Playstation, kalau dah jadik gamer ni, paham2 je la berapa lama ak mngadap tv main game, kena bising tu, normal la kan, dan slalu clash timing dengan kakak/mak aku sebab diorang nak tgk channel tv.
4- Berangan - ni memang tak dapat dielakkan. Aku ni memang kuat berangan. Kalau ikutkan kajian pun, seperti yang diberitahu pensyarah subjek bisnes ari tu, org darah jenis O ni kuat berangan, jadi betullah kajian tu. Aku memang berdarah O. Tapi kalau ikutkan Nabil, darah jenis O ni bleh jadi ketua kampung plak. Apa-apa lah Nabil.

Seperti yang disebut dalam entri aku yang kedua, aku nak kenalkan siapa Bamboo.

inilah beliau



[sebenarnya bukan 'siapa' tetapi 'apa' (keh3...]

Benda alah ni dihadiahkan oleh kakak aku yang kedua, sempena hadiah ulangtahun ke-20 lepas. Beliau banyak support aku dalam kewangan, sama juga dengan kakak lain. Sejak ada benda ni, aku tak guna kertas dah. Kenapa aku nak sangat benda ni? Aku suka melukis, jadi aku nak belajar mewarna lah pulak. Disebabkan mewarna menggunakan tetikus adalah sukar, Wacom Bamboo adalah solusi terbaik.

Sedikit preview device tersebut:



Selain Bamboo, Wacom ada keluarkan device lain, yang fungsi asasnya serupa, tapi ditambah dengan ciri-ciri yang lebih canggih, antaranya Intuos dan Cintiq. Intuos lebih menyerupai bamboo, bezanya ia lebih sensitif pada tekanan, dan mata pennya juga pelbagai. Selain itu, mempunyai kekunci tambahan pada pad.


Wacom Intuos


Cintiq adalah yang termahal sebab kita boleh melukis secara terus pada skrin. Tak banyak info pasal cintiq sebenarnya, maklumat lanjut boleh layari laman web Wacom Asia.
Ini pula Wacom Cintiq. Harganya boleh beli sebiji motosikal. =.=" 




Screenshot artwork yang terbaru aku. Aku jadikan YUi sebagai model latihan. ;P  




 
Baru install Hypercam2 untuk tujuan merakam apa yang aku buat. Video ni diupload dengan kelajuan asal. Kalau nak kurangkan kapasiti dan tempoh muat-naik, boleh fast-forwardkan video dengan Windows Movie Maker.

4 comments:

Anonymous said...

nice one la man!
semoga bejaya!!!

kaizen said...

ak nk pad tok tulis kt word...

loona said...

chad : tq 4 the compliment! ^^ i wish to do better!
kaizen : haha.. baik tulis kat notepad real tros.. heheh

batrisya said...

okayyyyyyyyyy.. thats kinda cool :O

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Dcreators